|
Sunday, June 5, 2011
Mendongak ke langit...
Saturday, June 4, 2011
Walaweyyy..konsisten la...
Kita selalu tanya mcm mn nak kejar redha Allah 2.. dah terlambat ke?
Cuma kuncinya ada disini....=)
Dimana kesungguhan kita? Dimana kemahuan kita??
Himmah(semangat) punya 3 rukun yang cukup cantik.
1-Iradah(keinginan) yang kuat
2-Respon Cepat pada benda-benda yang ada
3-Istiqomah dengan perubahan/peningkatan yang cuba dilakukan.
mari kejar sama2.. =):
Jangan Menyerah Wahai Awanis!!!!!!
Alhamdulillah
(Petikan dari nukilan Kak Ada...sorry..tapi saya suka sangat)
Allah…
Betapa hari ini apa yang kudapat adalah semata-mata KURNIAAN dari-Mu. Andai dihitung nilai usahaku, mungkin tidak layak aku mendapat nikmat sebanyak ini. Aku pernah di’reject’ semua universiti, tapi Engkau menghadiahkan ‘offer’ universiti ini pada malam itu.
Aku menangis lepas PMR, rase macam dah susah nak dapat A satu paper, tapi Engkau menghadiahkan hadiah yang tak pernah aku sangka akan dapat.
Belum dikira sudah berapa kali Engkau selamatkan aku di saat aku berjalan seorang pulang ke rumah, dalam keadaan takut jalan sorang-sorang. Berapa kali Engkau beri aku ketenangan saat aku sedih, takut, rasa macam takde harapan.
Berapa kali Engkau ilhamkan banyak perkara, dalam exam, dalam menyelesaikan masalah, bagi jalan keluar
Sesat, ada orang tolong guide. Takde duit, ade kawan tolong. Nangis, ade orang pujuk.
Nikmat ukhuwah yang dirasakan hari ini. Nikmat orang lain menyayangi kita, doakan kita.
Nikmat boleh makan, minum, bercakap, melihat.
Allah, malu. Malu sangat nak mintak lagi kerana kami sebenarnya jarang sangat bersyukur. Kami suka melihat pada apa yang tiada, melupakan apa yang kami ada. Tapi Allah, kami menebalkan muka, dengan air mata yang menjadi saksi. Kami lemah, Kami memerlukan-Mu, memerlukan bantuan-Mu saat ini.
Kabulkanlah permintaan kami, doa kami, doa sahabat-sahabat kami…Berilah yang terbaik buat kami, berilah kami hati yang redha untuk menerima segala ketentuan-Mu.
“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.”(Al-Hadiid:22&23)
Sebenarnya kagum dengan dia. Besar sungguh ujian yang diterima-Nya. Tapi dia mengucap “Alhamdulillah ‘ala kulli haal“
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.”(Ibraahiim:7)
Alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk kita study. Insya Allah, jom Tera Giga kan usaha kita. Moga Allah bantu kita di sepanjang perjalanan. Allah, mudahkan urusan kami. Insha Allah, akan kami pulangkan nikmat yang telah Engkau berikan ini…
p/s:Jika saya lupa, ingatkan saya ye~
Yang lemah lagi dhaif,
Ada, Aberdeen
Friday, June 3, 2011
Jom Jadi Wanita Gorgeous~

sebenarnya mudah aje nak update blog...ak jer yang penakuttt
allah
kurniakanlah ak kekuatan mengahdapi semua ini...
awanis jagan givin up..
pray to allah
for your sucess...
great job for u as da`i..
jgan cuba lari dari ketentaunnya..
ambil enteng dengan tujuan hidup anda
perbaiki diri sebagai seorang khalifah dan beribadat kepadanya sebagai seorang hamba....
Thursday, June 3, 2010
Tanda-tanda Ketewasan Jiwa
Lihat tafsir Ibn Kathir pada ayat 75;Surah Al-Hijr
Apabila benteng dan pertahanan jiwa manusia itu runtuh maka syaitan akan menjadi teman karibnya. Firman Allah:
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah”
Perkara ini saya rasa harus dijadikan pedoman kita semua termasuklah saya sendiri yang seringkali alpa bila sudah mencapai kebahagiaan dunia dan kita perlu ingat bahawa tempat pengakhiran kita sekali adalah akhirat.Ingatlah kita semua bahawa kematian mestilah tempat terakhir dalam hidup kita semua,semua benda yang ada di dunia hanya perhiasan kita semata-mata;cerita Korea,fesyen terkini(ala….nak ikut trend zaman sekarang la),tudung sekarang pun semakin nak singkat,awek&makwe dan etc…..semuanya yg disebutkan ini tak boleh nak bawa masuk ke dalam kubur pun nanti sebabnya Allah tak akan Tanya pun dekat kita nanti…cntohnya:Hei si polan kenapa kau tak pakai tudung ikut trend?Arsal kau tak tengok citer Boys Over Flowers tu sampai habis?Arsal kau tak dating ngan boyfriend/girlfren kau kat Kedai Mamak?...Bukan semua itu yang Allah akan tanya kita nanti,amalan kita,ibadah kita di dunia akan menjadi perhitungan kita di akhirat kelak…Sama-samalah kita* shake ur mind* pikirkan yang terbaik untuk perhitungan kita di akhirat kelak.Orang yang selalu ingat tentang mati ialah orang yang paling bijaksana.Sahabat-sahabat..nak kitab sijjin atau kitab lliyin(baca surah Al-Mutaffin)…k?Saya akan sambung lagi selepas ini…..Insya-Allah





