Jom Start Daripada Bulu Kening~
Bulu Kening:
Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening". (Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
Kaki (tumit kaki):
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan". (Surah An-Nur: 31)
“Membentakkan kaki” dimaksudkan sebagai:
• menampakkan kaki (kaki, betis, dan seumpamanya)
• menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki.
Berwangian-wangian:
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya (untuk menarik perhatian), maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina”. (Hadis Riwayat Nasai’, Ibn Khuzaimah dan ibnu Hibban)
Dada:
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
Gigi:
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya”. (Riwayat At-Thabrani),
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Adab Bertudung, dan Batasan Bergaya:
“Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias serta bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu…” (Surah al-Ahzaab: 33)
Berdasarkan ayat 33 dari surah al-Ahzaab, Imam Mujahid berkata,
“Suatu ketika dahulu (sebelum kedatangan Islam), golongan wanita jahiliyyah berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu (sebelum kedatangan Islam), kaum wanita (jahiliyyah) berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan. Imam Muqatil Hayyan pula berkata: ayat ini diturunkan apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang mereka”.
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada atau pakaian labuh) ke tubuh mereka. (Surah al-Ahzaab: 59)
“Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita.” (Surah an-Nuur: 31)
Berdasarkan ayat 31, surah an-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: “Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahrimnya.” (As-Syeikh said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)
Memakai Pakaian Yang Jarang (nipis) dan Mengghairahkan (Yang ketat, Singkat dan seumpanya.
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari), "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang (seolah-olah tidak berpakaian) yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersentuhan Dengan Lelaki (Bukan Muhrim):
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" (Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
Suara:
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik". (Surah Al Ahzab : 32)
Adab Memandang (Kepada Bukan Muhrim):
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin (yang beriman), hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya". (An Nur: 31), Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan". (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)
Kemaluan:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (tidak berzina atau mendekati zina)". (Surah an Nur: 31),
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina atau mendekati zina) dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya" (Hadis Riwayat Al-Bazzar),
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah". (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)
Rambut:
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akandigantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim), “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung…” (Surah an-Nuur: 31)
Senarai Ringkas Lelaki Yang Mahram Bagi Perempuan:
“…Ayah mereka, ayah suami mereka (ayah mertua), putera-putera mereka (anak), putera-putera suami mereka (anak suami), saudara-saudara lelaki mereka (adik-beradik lelaki), putera-putera saudara lelaki mereka (anak saudara), putera-putera (anak) saudara perempuan (adik-beradik perempuan) mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita.” (Surah an-Nuur: 31)
Muhasabah Diri:
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah”. (Hadis Riwayat Muslim)
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah ALLAH dan taatilah Rasulullah dan juga Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa dan para pemimpin yang beriman) dari kalangan kamu! Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada ALLAH (Kitab al-Qur’an) dan Rasulullah (as-Sunnah dan Hadis) jika kamu benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat! Yang demikian adalah kesudahan yang terbaik”. (Surah an-Nisa’: 59)
“Wanita yang ikhlas dalam menjaga auratnya mengikut syariat adalah umpama sebiji mutiara yang tidak ternilai harganya dari lautan dalam yang sentiasa tersimpan di dalam tiramnya”
Hiasilah Dirimu Hanya Untuk Suamimu Sahaja~..
InsyAllah..Syurgalah Tempatmu~
No comments:
Post a Comment