Doa Iftitah , ialah ucapanmu yang pertama kali iaitu “ Aku hadapkan wajahku kepada Dzat yang menciptakan semua langit dan bumi .” Wajah yang dimaksudkan bukan wajah sebenar, kerana wajah sebenarmu hanya engkau hadapkan kepada kiblat, tetapi wajah hati yang sebenar dengannya ialah engkau menghadap wajahmu kepada Pencipta semua langit dan bumi.
Perhatikanlah apakah wajah hatimu menghadap kepada angan-angan dan berbagai obsesinya di rumah dan sekolah, kolej, mengikuti syahwat, ataukah menghadap kepada Pencipta yang berkuasa ke atas langit dan bumi ini? Jangan sampai pembukaan munajatmu itu dusta dan palsu. Wajah tidak akan menghadap kepada Allah kecuali dengan memalingkannya dari selain-Nya. Berjuanglah segera untuk menuju kepada-Nya. JIka engkau tidak mampu melakukannya terus-menerus maka hendaklah ucapanmu jujur dan benar adanya.
Bila engkau mengucapkan, “….hanifan musliman “ (berlaku lurus dan memberi keselamatan), maka hendaklah terbayang dalam benakmu bahawa orang Muslim adalah orang kaum Muslimin terselamat dari gangguan lidah dan tangannya. JIka tidak demikian, maka engkau dusta. Berjuanglah untuk berlaku demikian di masa akan datang, dan sesalilah berbagai peristiwa buruk mahupun memori hitam yang berlaku pada masa lalu.
Bila engkau mengucapkan, “ Dan aku tidak termasuk orang-orang Musyrik”, maka ingatlah dalam benakmu akan kemusyrikan yang tersembunyi, kerana firman Allah “ Barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah melakukan amal soleh dan tidak menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhan-Nya.” ( al-Kahfi: 110 ) turun berkenaan dengan orang yang beribadah dengan tujuan mencari reda Allah dan pujian manusia. Hati-hatilah dari kemusyrikan ini dan hendaknya engkau merasa malu di dalam hatimu jika engkau menyatakan tidak termasuk orang-orang yang musyrik tetapi engkau tidak terbebas dari kemusyrikan ini, kerana istilah kemusyrikan ini berlaku pada yang sedikit dan banyak.
Bila engkau mengucapkan, “ Hidupku dan matiku untuk Allah” maka ketahuilah bahawa ini merupakan keadaan seorang hamba yang tidak memiliki dirinya dan menjadi milik Tuannya. Jika ucapan itu muncul dari orang yang keredaan,kemarahan,berdiri,duduk, semangat hidup dan rasa takutnya dari kemtian kerana perkara-perkara dunia maka hal itu tidak sesuai sama
sekali dengan pengucapannya.
Bila engkau mengucapkan, “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk” maka ketahuilah bahawa ia adalah musuhmu yang sentiasa mengintai untuk memalingkan hatimu dari Allah, semata-mata kerana dengki kepada munajat yang engkau ucapkan kepada Allah dan kerana sujudmu kepada-Nya, padahal ia dilaknati dengan sebab satu kali sujud yang ditinggalkannya.Permintaanmu akan perlindungan Allah darinya ialah dengan meninggalkan apa yang disenanginya dan menggantinya dengan apa yang disenagi Allah, bukan dengan ucapan semata-mata.
Dipetik dari “ Intisari Ihya’ Ulumudin Al Ghazali”-Konsep Tazkiyatun Nafs(Mensucikan JIwa)
karya Sa’id Hawa
No comments:
Post a Comment