muqaddimah Tafsir Fi Zilal
jika hari tu kite dh cite pasal authornye, sume dh jatuh cinta kan dgn Syed Qutb? kali ni saya nk share muqaddimahnye plak. sebelum tu, apa istimewanya Al Quran? sape yg ckp if baca Quran, diri dia makin tension? takde sape pun gtu kan.. dah la kite baca tu every huruf dapat pahala, tenangkan hati dan fikiran kite lagi. dan bile orang2 beriman yg membacanya, akan rasa gementar hatinya. (tgk surah Anfal ayat 2)
Firman Allah:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al Anfal 8:2)
bukan smata2 sbb tu saje, sebenarnya bila kite buat lebih dari tu, iaitu kite bertadabbur (Maksud tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik) Al Quran, barulah kita akan dapat manfaat Quran tu lebih dari apa yang disebut di atas ini. banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari seerah dulu, dapat kita selami bagaimana para sahabat menghayati setiap satu ayat Quran yang telah diturunkan dan diperintahkan.
ok, mari kite sama2 hayati muqaddimah Fi Zilal ini. Fi Zilal bermaksud di bawah bayangan. jadi Fi Zilal Quran bermaksud di bawah bayangan Al Quran. kalo tgk dlm surah Yaasin ayat 56 pun ada sebut "fi zilal".
Firman Allah:
Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (Yaasin 36:56)
seperti kita tahu, Syed Qutb menulis tafsir ini di dalam penjara. di mana waktu itu di Mesir, perjuangan Islam ditindas oleh orang Islam sendiri. jadinya, dengan mempelajari tafsir Fi Zilal ini, dapatlah kite hayati bagaimana semangat mereka2 ini tuk perjuangkan Islam walaupun keseksaan dan kesengsaraan menimpa mereka. moga Allah merahmati segala usaha jihad mereka. zaman kite skrg, zaman warna kelabu. bukan hitam dan bukan putih. zaman kite skrg belum clear lagi yg mane warna hitam yg mane warna putih.
pernah tak kite duduk bawah pokok yang rendang tuk berehat? ada kan... camane rasanya duduk kat bwh pokok? rasa teduh, sejuk, tenang kan? jadinye, spt mana makna Fi Zilal Quran iaitu "di bawah bayangan Quran", tujuan kita belajar tafsir Fi Zilal adalah untuk mendapat dan merasai nikmat hidup di bawah bayangan Al Quran.
Perenggan 1--> " Hidup di bawah bayangan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang. "
Syed Qutb ckp, hidup di bawah bayangan AQ ni ialah satu nikmat hanya pada org yang merasainya sahaja. gni analoginya, kalo kite ckp mee sup mak kite wat sedap, tapi kawan kite tak rasa pun mee sup tu. jadinye kawan kite tu takleh nk ckp mee sup mak kite wat tu sedap kan? melainkan kawan kite pun rasa gak mee sup tu. Orang yg macam Syed Qutb cakap sahaja yang tahu AQ ni best dan dapat mengerakkan hati seseorg.
Perenggan 2 --> " Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku kenikmatan hidup di bawah bayangan Al Quran selama beberapa waktu, di mana aku telah mengecapi nikmat yang tidak pernah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku."
Syed Qutb ckp, hidup di bawah bayangan AQ telah membersihkan usianya. camne tu? ok, yang mana penting? umur hidup kite atau kualiti hidup kita? ingat lagi lagu Sepohon Kayu? ...walaupun hidup seribu tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya... macam saya, umur saya sekarang hampir 19 tahun 5 bulan. selama 19 tahun saya telah hidup di dunia. tapi usia yang benar2 saya mohon Allah berkati ialah 1 tahun sebelum ini. iaitu di mana saya mula membuka mata saya untuk mengenal dan mendapat kefahaman tentang Islam sebenar-benarnya. seperti mana Syed Qutb inginkan keberkatan dalam kualiti usianya, saya juga ingin keberkatan itu. beliau tidak pernah mendapat nikmat ini sehinggalah dia mengenali benar2 AQ itu. (begitu juga dengan saye...)
Perenggan 3 --> " Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan Al Quran ini... ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab suci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?
Syed Qutb ckp, AQ ini adalah surat cinta dari Allah buat beliau. (buat kite juga...) Allah telah memberi pesanan, pujukan, amaran dan pengajaran dari seerah dulu buat kita. surat cinta ini pengirimnya ialah Allah Yang Maha Agung! bayangkanlah kite dapat letter dari PM apa kite rasa? nak reply surat tu pun mesti elok2nye. ataupun lecturer kite ingat nama kita dalam lecture hall yang besar tu? mesti la rasa dihargai kan. mcmtu la juga...Allah mengirimkan surat cinta pada kita, iaitu hamba yang hina dan kerdil. sudah lama Allah appreciate kita, tapi kite je yang tak sedar ttg semua tu, kite tak baca pun surat tu... dulu waktu di zaman Mekah, para sahabat tertunggu2 ayat2 AQ yang akan diturunkan..termasuklah orang kafir. kirenye waktu tu ayat2 AQ ni mcm newspaper. hari2 mereka menunggu pe yang Allah nk bgtau.
Perenggan 4 --> Aku telah hidup di bawah bayangan Al Quran dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita2 penduduk2 dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja2 jahiliyah itu berbangga2 dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita2 kanak2 sama spt pandangan seorang tua kepada mainan kanak2, percubaan kanak2 dan keteloran lidah kanak2. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang?
Syed Qutb ckp, manusia sekarang spt zaman budak2 kecik. cuba tgk adik2 kecik kite, anak buah kite ke kan..ataupun ingat2 lik time kite kecik2 dulu. kite suka main2, nk benda mainan yang best2, nk puaskan hati sendiri, tak fikir jauh, tak reti nak beza mana baik mana buruk kan. kan? jadinya manusia skrg samalah mcm budak2. nk kejar harta, nk dpt hidup selesa, dapat pangkat spy org hormat. ni sume segala benda yang dapat puaskan hati manusia. sama macam budak2. tapi bile kita dah besar panjang mcm sekarang, patutnya kita dah tau, mainan tu dah macam takde pape pun. begitu juga dengan para sahabat dulu... bagaimana mereka boleh zuhud? sbb mereka tahu segala harta mereka tu umpama mainan. Allah sendiri ada sebut dalam surah Ankabut ayat 64 kan...
Firman Allah:
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui. (Al Ankabut 29:64)
tapi adakah kita patut melupakan dunia??? tak..tidak... kalau mekanik nak repair kereta, mesti ada spanar dan skru kan. mcm tu gak dgn dunia. dunia ini ibarat tools kite tuk kita kaut saham. tak salah kalau kita pandai, tak salah kalau kita kaya sebab kita boleh guna sume tools tu tuk Islam..infak, sedekah, dakwah. tu sbenarnya saham2 pahala kita di akhirat kelak. Wallahua'lam.
Firman Allah:
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar! ( Al Hadid 57:11)
No comments:
Post a Comment