Apabila hati manusia itu telah mati atau menjadi keras ,apabila akal manusia itu padam dan tidak bercahaya atau menyeleweng ,apabila manusia tewas dalam pertarungan dengan syaitan terbukalah pintu-pintu masuk bagi segala kejahatan ke dalam jiwanya,lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui bahawa syaitan itu mereka ke dalam diri anak-anak Adam sebagaimana darah meresap dan mengalir dalam tubuhnya.
Lihat tafsir Ibn Kathir pada ayat 75;Surah Al-Hijr
Apabila benteng dan pertahanan jiwa manusia itu runtuh maka syaitan akan menjadi teman karibnya. Firman Allah:
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah”
Perkara ini saya rasa harus dijadikan pedoman kita semua termasuklah saya sendiri yang seringkali alpa bila sudah mencapai kebahagiaan dunia dan kita perlu ingat bahawa tempat pengakhiran kita sekali adalah akhirat.Ingatlah kita semua bahawa kematian mestilah tempat terakhir dalam hidup kita semua,semua benda yang ada di dunia hanya perhiasan kita semata-mata;cerita Korea,fesyen terkini(ala….nak ikut trend zaman sekarang la),tudung sekarang pun semakin nak singkat,awek&makwe dan etc…..semuanya yg disebutkan ini tak boleh nak bawa masuk ke dalam kubur pun nanti sebabnya Allah tak akan Tanya pun dekat kita nanti…cntohnya:Hei si polan kenapa kau tak pakai tudung ikut trend?Arsal kau tak tengok citer Boys Over Flowers tu sampai habis?Arsal kau tak dating ngan boyfriend/girlfren kau kat Kedai Mamak?...Bukan semua itu yang Allah akan tanya kita nanti,amalan kita,ibadah kita di dunia akan menjadi perhitungan kita di akhirat kelak…Sama-samalah kita* shake ur mind* pikirkan yang terbaik untuk perhitungan kita di akhirat kelak.Orang yang selalu ingat tentang mati ialah orang yang paling bijaksana.Sahabat-sahabat..nak kitab sijjin atau kitab lliyin(baca surah Al-Mutaffin)…k?Saya akan sambung lagi selepas ini…..Insya-Allah